Jawab semua soalan
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) antarabangsa
(ii) jawatankuasa
(iii) kakitangan
(iv) sukarela
(v) suruhanjaya
(vi) tanggungjawab
(b) Cerakinkan ayat majmuk dalam perenggan di bawah kepada enam ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya.
Menteri Belia dan Sukan meminta semua pemain bola sepak skuad kebangsaan melipatgandakan komitmen dan tenaga mereka. Langkah ini termasuklah menambahkan masa latihan dan meningkatkan disiplin diri. Mudah-mudahan usaha ini akan memberikan impak positif kepada mutu bola sepak negara dan berjaya mengembalikan maruah negara dalam permainan tersebut.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan ejaan dan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Golongan pelajar sudah diikhtiraf sebagai perwaris masa depan dan kemajuan negara
(ii) Setiap keluarga tidak boleh membiarkan penabaian berlaku dalam linkungan keluarganya kerana ini akan memberikan impak kepada seluruh anggota keluarga.
(iii) Malaysia menggunakan pendekatan membangunkan model insan sebagai salah satu kaedah untuk mempercepat proses membangunan negara
[ 6 markah ]
(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan bahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Semua peserta yang menjalani pertandingan bahas itu diminta mendapatkan nombor giliran masing-masing dari pihak penganjur.
(ii) Bendera yang berwarna-warni berkibar di sepanjang jalan pada sambutan Hari Kemerdekaan yang kelima puluhan tahun.
(iii) Tambak Johor yang terletak antara Johor Bahru dengan Singapura menjadi jalan rentasan utama penduduk
[6 markah ]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi dalam ayat tersebut.
(i) Pengurus hotel itu mengarahkan pekerjanya menepati masa tetapi beliau sendiri sering datang lewat kerana urusan peribadi.
(ii) Puan Salmah berasa amat kecewa setelah berpisah dengan suaminya yang menjadi tempat bergantung.
(iii) Setelah ditahan oleh pihak polis dalam operasi membanteras lumba haram barulah Aziz menyedari kesilapannya melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah itu.
[ 6 markah ]
No comments:
Post a Comment